Skip to main content

Search Filter

Keywords:

 

Asian Journal of Agriculture and Development (AJAD) - Call for papers!

Fisherman Development Progress in Fisheries Development Area (FDA) at Besut, Trengganu

(Malaysia), Master of Science in Fishery Management (Universiti Pertanian Malaysia)

Thesis Abstract:

 

Penyelidikan yang dijalankan bertujuan: 1) Menentukan status penyertaan nelayan dalam aktiviti-aktiviti sosial di bawah KPN Besut; 2) Menentukan status pemasaran ikan di KPN Besut; 3) Mengenalpasti taraf hidup masyarakat nelayan; 4) Menentukan kemajuan dan pelaksanaan program pembangunan LKIM di KPN Besut. Seramai 282 isirumah nelayan telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan satu kaedah persampelan rawak. Data telah dikumpulkan melalui borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Maklumat dianalisis dengan menggunakan Pakej Lotus 123. Tabu ran kekerapan dan peratusan telah digunakan untuk membuat anal isis deskriptif. Kajian mendapati bahawa program-program pembangunan yang dijalankandi KPN Besut dapat memperbaiki taraf hidup dan sosioekonomi nelayan, khususnya dari aspek aktiviti-aktiviti sosial dan pemberian kemudahan asas; begitujuga dengan kaedah pemilikan bot, enjin dan pukat, pemilikan harta (seperti rumah, jenis rumah dan tapak rumah) juga menunjukkan peningkatan dalam pemilikan eset. Manakala program Khidmat Sokongan Pemasaran dan Ternakair tidak begitu memuaskan pelaksanaannya di KPN Besut. Program Pembangunan Bersepadu yang dilancarkan di KPN Besut perly dipertingkatkan lagi strateginya. Strategi tersebut perlu ditumpukan kearah meningkatkan status sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat nelayan. Dengan terlaksananya program bersepadu ini ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan nelayan.